Thursday, 17 May 2018

SELAMAT BERPUASA




Assalamualaikum


Harini hari pertama berpuasa.. alhamdulillah tahun ni semua anak-anak saya ada kat rumah dapat berpuasa bersama-sama dan pergi Solat Terawih bersama-sama... dalam 2 minggu puasa ni juga saya nak berehat dari ambik tempahan... kalau boleh nak tumpukan sepenuhnya pada ibadat puasa, petang nak masak untuk berbuka dan macam-macam perancangan untuk keluarga. Harap la dalam 2 minggu puasa ni saya rajin memasak.. kalau sahur saya tak perlu risau sebab semua nak sahur makan Oat dengan susu dan Milo aje... senang kerja ibu kannnn...

Untuk tahun ni juga saya ada buka tempahan untuk Cookies Raya... next entri saya akan update senarai cookies dan harga ye... tak ambik banyak oder pun... takut tak larat... almaklum dah semakin berumur ni, kudrat dah kurang...hehe..



Jumpa lagi, inshaaAllah 😍



Wassalam