Saturday, 19 November 2016

DEKO BILIK ANAK PEREMPUAN




Assalamualaikum


Ya ampunnnn..lama sungguh saya tak update blog saya ni kannn..kiranya dah berhabuk dan bersawang..bukannya tak ingat nak update tapi rasa macam tak cukup masa nak mengadap laptop ni.. sibuk dengan kelas dan sibuk dengan oder, tapi saya selalu update aktiviti harian saya di Instagram dan FB.. boleh tengok Instagram Zalynz Oven okey...kalau tak gambar roti, mesti gambar kek.. cuma sesekali gambar keluarga dan gambar kucing... he he.. harini sebab saya cuti takde kelas, jadinya ada la masa nak jenguk blog kesayangan saya ni :)

Untuk harini saya nak update entri tentang deko bilik Azwa dan Aliah baru-baru ni.. sejak diorang berdua dah meningkat remaja, taknak dah bilik warna pink... hari-hari dok merengek suruh tukar warna bilik dari warna pink ke purple...



Tadaaaaa... deko selepas ditukar cat dan perabot dalam bilik Azwa dam Aliah.. kalau nak tengok yang sebelum boleh tengok entri kat SINI ye.. perabot semua adalah daripada IKEA Damansara...  sebelum nak mulakan kerja-kerja pengubahsuaian ni, saya iklankan lelong katil dan almari lama kat FB Shah Alam Resident Business... sekejap aje dah dapat respons dan terus ada yang nak beli katil dan almari lama tu... senang kerja saya.. banyak juga barang-barang, pakaian dan buku-buku yang saya sedekahkan pada yang berhajat... lega bila nampak bilik ni dah kurang barang..



Lepas tu pasangkan aircond dan upah orang mengecat bilik ni... dari warna pink kepada warna light purple Lavender.. nampak luas bilik ni lepas bertukar warna...  selesai kerja-kerja mengecat, kerja pasang Lantai Lemina... lantai ni dipasang oleh kontraktor yang sama pasang lantai kat tingkat bawah sebelum ni...

Siap pasang lantai, baru la kitorang ke IKEA untuk beli perabot yang dipilih sendiri oleh Azwa dan Aliah... perabot yang murah-murah aje.. bawah bajet RM1,000.00... 

Kalini pasang sendiri katil dan almari dari IKEA ni sebab abangngah ada sekali tolong ayahnya... kalau ayahnya seorang memang idok la kan..heheh.. 




Perkenalkan Aiko dan Ciko, anak-anak si Miko yang dah besar dan makin manja... pantang bilik bukak aircond, sibuk dua ekor ni masuk bilik dan tidur sekali...amboiiii...  kalau nak tahu, maknya si Miko tu baru beranak lagi 2 ekor..beranak aje la kerja si Miko ni kannnn...hu hu..



Jumpa lagi, inshaaAllah :)


Ceria Selalu :)



Wassalam